Teater Pelanduk Terakhir bukan naskah kurafat, tonjol kecerdikan haiwan

Teater Pelanduk Terakhir bukan naskah kurafat, tonjol kecerdikan haiwan

Antara babak dalam pementasan teater Pelanduk Terakhir yang dipentaskan di DBP, Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pementasan teater Pelanduk Terakhir yang sedang berlangsung di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini bukannya sebuah naskhah kurafgat yang mengangkat atau mendewa-dewakan haiwan berkenaan, sebaliknya sebuah cerita yang menonjolkan kepintaran haiwan tersebut.

Pengarah teater berkenaan Suzana MS berkata Teater Pelanduk Terakhir istimewa dan wajib ditonton rakyat Malaysia kerana ia bukan sekadar sebuah kisah tentang tarian warisan, tetapi juga membawa mesej mendalam tentang identiti, kepercayaan, dan perjuangan mempertahankan budaya dalam arus pemodenan.

Beberapa elemen yang menjadikannya istimewa antaranya memartabatkan Warisan Pahang memandangkan teater tersebut mengangkat tarian Pelanduk, yang mungkin tidak dikenali ramai, dan menjadikannya simbol keteguhan budaya. Ia mengingatkan kita tentang kepentingan menjaga seni tradisional daripada terus pupus ditelan zaman.

Kata Suzana,naskhah teater tersebut juga menonjolkan konflik antara tradisi dan agama iaitu pertembungan antara dua watak iaitu Mahdi dan Sabariah mencerminkan pergelutan sebenar dalam masyarakat apabila sesuatu seni budaya sering disalah anggap sebagai bertentangan dengan agama. Isu ini relevan dan mampu mencetuskan perbincangan intelektual yang lebih mendalam.

Katannya, pembangunan karakter yang kuat menerusi watak Mahdi sebagai protagonis memiliki lapisan emosi yang menarik yang mewarisi semangat ayahnya, menghadapi kecaman, dan tetap teguh mempertahankan seni. Sementara itu, Sabariah bukan sekadar antagonis biasa, tetapi wataknya berkembang dengan pendedahan masa lalunya sebagai bekas penari, menjadikan konfliknya lebih kompleks dan realistik.

Kata beliau, teater tersebut yang mula dipentaskan malam tadi juga menonjolkan aspek sinematik dan simbolik apabila adegan dua lembaga hitam menyerupai pelanduk yang direka untuk menakut-nakutkan orang kampung memberikan elemen dramatik yang kuat.

“Ini bukan sahaja berfungsi sebagai titik perubahan naratif tetapi juga membawa makna simbolik bahawa kebenaran akhirnya akan terbongkar, “ ujarnya.

Keseluruhannya Pelanduk Terakhir bukan hanya hiburan teater, tetapi juga satu bentuk pendidikan dan refleksi kepada masyarakat tentang kepentingan memahami seni warisan dengan lebih mendalam. Dengan gabungan emosi, konflik, budaya, dan keindahan visual tarian, ia adalah sebuah karya yang wajar mendapat tempat di hati penonton Malaysia.

“Teater ini mengangkat isu penduduk kampung serta bagaimana tabiat Pelanduk yang mempunyai kepintaran bagi mengelak daripada dijerat oleh penduduk kampung, “ ujarnya ketika ditemui selepas pementasan pertama teater berkenaan malam tadi

Teater Pelanduk Terakhir menjanjikan satu pengalaman berbeza dengan mengangkat tarian Pelanduk, sebuah seni tari yang berasal dari Kampung Bukit Betong, Kuala Lipis sejak zaman pemerintahan Jepun.

Tarian ini bukan sekadar gerakan, tetapi satu bentuk penceritaan masyarakat dahulu kala dengan memaparkan kisah yang berlaku dalam kehidupan mereka menerusi lenggok dan gerak tari, bahkan, pementasan ini juga berfungsi sebagai medium pendidikan kepada masyarakat tempatan dan antarabangsa, supaya generasi kini dan akan datang dapat menghargai serta mengekalkan warisan seni budaya kita.

Selain dilakonkan oleh beberapa pelakon popular serta teater tersebut membabitkan pelakon Indonesia daripada Kelab Penggiat Teater Sejagat (PENTAS) Universiti Putra Malaysia (UPM).

Pementasan ini adalah satu pencapaian besar bagi Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) Kawasan Kuantan, yang buat pertama kalinya menganjurkan sebuah pementasan teater yang mengangkat warisan dan kesusasteraan rakyat Melayu, khususnya dari negeri Pahang.

Teater ini bukan sekadar satu persembahan seni tetapi juga sebuah usaha berterusan dalam memenuhi keperluan tradisi keilmuan serta menghargai folklor Melayu melalui medium persembahan pentas.

Teater tersebut membabitkan kerjasama Majlis Kebudayaan Negeri (BAHARU) Pahang, Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP dam Tourism Pahang dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan beberapa sekolah sekitar Gombak Selangor.

Bagi Guru Bahasa Dr. Nurul Hidayah Ismail, beliau berbangga kerana pelakon UPM tersebut menunjukkan baka yang mengagumkan meski pun mereka bukan pelajar teater, tiada asas teater tetapi kerana mereka minat dan mereka mahu belajar .

“Kalau tanya mereka belajar dalam bidang apa, tiada satu pun pelajar bidang sastera atau bahasa. Mereka pelajar perubatan, sains komputer, teknologi makanan, biomolekul dan lain lain “ujarnya

Mereka diberi pendedahan pertama mereka dalam teater, berlatih selama dua bulan pada waktu hujung minggu sahaja,

“Jadi, dengan tiada asas berteater, mereka memahami teater dalam masa 2 bulan, pencapaian cukup membanggakan, “ ujarnya.

Teater tersebut dipentaskan pada malam tadi, hari ini pukul 2.30 petang dan 8.30 malam dan esok pada pukul 2.30 petang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya