TCO: Ahmad Samsuri cuba raih simpati - Ahmad Zahid - Utusan Malaysia

TCO: Ahmad Samsuri cuba raih simpati – Ahmad Zahid

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar didakwa cuba meraih simpati apabila mendakwa dirinya dilabel di bawah Pejabat Kawalan Perjalanan (TCO) oleh pihak berkuasa sejak pertengahan tahun lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sudah menjelaskan bahawa tiada keperluan untuk berbuat demikian terhadap Ahmad Samsuri.

“Menteri Dalam Negeri mengatakan tidak ada, jadi mengapa perkara ini perl?

“Mungkin dia memohon simpati sebab PRK Ayer Kuning (Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning),” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Akademi Rel Pahang (ARP) di Dewan Yayasan Pahang, di sini hari ini.

Semalam, Ahmad Samsuri dilaporkan mendakwa dirinya dilabel di bawah TCO oleh pihak berkuasa sejak pertengahan tahun lalu.

Menteri Besar Terengganu itu turut mendakwa telefonnya dipintas dan pergerakannya sentiasa dipantau walaupun atas urusan peribadi.

Katanya, TCO yang merujuk kepada Travel Control Office/Order dalam sistem keselamatan adalah satu bentuk penilaian terhadap mana-mana individu yang dianggap berisiko oleh pihak tertentu meskipun tanpa sebarang kesalahan dibuktikan secara sah.

Beliau mendakwa dirinya dilabel TCO dalam sistem kawalan sempadan oleh satu pihak cawangan khusus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya