Tarian separuh bogel: MBPP keluar surat tunjuk sebab kepada penganjur

Tarian separuh bogel: MBPP keluar surat tunjuk sebab kepada penganjur

A. RAJENDRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada penganjur pesta Songkran di Batu Ferringhi susulan penularan rakaman video aksi tarian separuh bogel ketika acara berkenaan berlangsung di premis tersebut, baru-baru ini.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Datuk Bandar MBPP, Datuk A. Rajendran yang memaklumkan, premis tersebut bagaimanapun mempunyai lesen hiburan yang sah.

“Ya, kami telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada pemilik premis (penganjur),” kata Rajendran ketika dihubungi di sini, hari ini.

Terdahulu, penularan rakaman video tidak senonoh itu turut mendapat respon daripada Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr. Mohd Sukki Othman yang kesal dengan insiden itu dan menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap sekumpulan wanita yang terlibat dalam tarian tersebut.

Nada yang sama turut diluahkan oleh Pengerusi Kariah Masjid Jamek Ar-Rahman, Ismail Din kerana penganjuran program terbabit diadakan tidak jauh dari lokasi rumah ibadat berkenaan.

Difahamkan, pesta Songkran di pantai Ferringhi Bay itu baru pertama kali dilangsungkan di kawasan premis berkenaan kerana sebelum ini, ia diadakan di kawasan lain iaitu di pesisir pantai Batu Ferringhi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis berhubung penganjuran sambutan pesta Songkran itu buat masa ini.

“Memandangkan acara itu berlangsung dalam kawasan persendirian, maka, pihak penganjur tidak diwajibkan untuk memohon permit daripada polis.

“Bagaimanapun, pemantauan tetap dilakukan oleh pihak polis sepanjang acara itu berlangsung dan kami tidak mengesan sebarang insiden tidak diingini berlaku,” kata beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya