Tan Sri ditahan berkaitan kes pelaburan MBI

Tan Sri ditahan berkaitan kes pelaburan MBI

MUHAMMED Hasbullah Ali dalam sidang akhbar kejayaan Pasukan Siasatan Jenayah Penggubahan Wang Haram (AMLA) di Menara KPJ di sini, hari ini. -UTUSAN/MUHAMAD IQBAL R0SLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri yang ditahan sejurus pulang dari Osaka pada 29 Mac lalu dipercayai menawarkan menyelesaikan kes penipuan pelaburan MBI berjumlah  RM25 juta.

Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman, Datuk Muhammed Hasbullah Ali berkata, hal terbongkar selepas beberapa siri tangkapan dilakukan melalui Ops Northern Star bermula 21 Mac hingga 5 April lalu. 

“Apabila pihak polis menahan suspek, mereka terkejut dan mempersoalkan kenapa mereka ditahan kerana mendakwa telah membayar sejumlah wang untuk menutup kes berkenaan.

“Kita segera mengarahkan mereka membuat laporan polis dan siasatan mendapati suspek mendakwa boleh menyelesaikan kes tersebut dan meminta bayaran sebanyak RM25 juta,” katanya dalam sidang akhbar Op Northern Star di Menara KPJ di sini hari ini. 

Menurutnya, siasatan mendapati suspek telah menerima RM10 juta dan wang itu berjaya diperoleh semula oleh pihak berkuasa.

Pada 29 Mac lalu, media melaporkan seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri ditahan polis di kediamannya, sebaik pulang dari Osaka, Jepun selepas memperdaya orang ramai dengan mengambil RM10 juta.

Ia kononnya untuk diserah kepada pihak polis bagi menyelesaikan kes membabitkan pengubahan wang haram.

Sumber dilaporkan berkata, lelaki berusia 59 tahun itu yang baru pulang dari luar negara ditahan Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman sebaik tiba di kediamannya di Jalan U Thant di sini. 

“Suspek setakat ini sudah mengambil duit daripada mangsa sekitar RM10 juta, di mana sebelum itu beliau dikatakan meminta RM25 juta sambil mendakwa mempunyai kenalan rapat dengan polis dan boleh menyelesaikan kes dihadapi mereka.

“Malah suspek kononnya ingin menyerahkan wang diambil itu untuk diserahkan kepada polis bagi membantu mangsa tidak dikenakan tindakan atau disiasat membabitkan kes AMLA,” katanya.

Suspek merupakan tokoh berpengalaman selama 30 tahun dalam perniagaan industri minyak, gas dan merupakan pengerusi sebuah syarikat.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya