PETALING JAYA: Keanggotaan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) perlu bebas daripada campur tangan eksekutif bagi memastikan integriti dan kebebasan badan kehakiman terus terpelihara. Peguam kanan, Haniff Khatri berkata, walaupun Perdana Menteri tidak lagi mencadangkan nama secara langsung kepada Yang di-Pertuan Agong, beliau masih melantik majoriti ahli SPK. Justeru kata beliau, Perdana Menteri berpotensi mempengaruhi sesiapa yang akan dipilih oleh SPK dan akhirnya, nama itu kembali ke tangan Perdana Menteri untuk dibawa…










