Sultan Muhammad V rasmi Sidang DUN Kelantan

Sultan Muhammad V rasmi Sidang DUN Kelantan

SULTAN Muhammad V berkenan mencemar duli merasmikan  Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Ke-15 di Kompleks Kota Darulnaim, Kota BHaru, Kelantan. - UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Ke-15 di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Keberangkatan tiba Sultan Muhammad V diiringi Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah. Hadir sama Menteri Besar, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud; Timbalannya, Mohamed Fadzli Hassan dan barisan pemimpin negeri serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Turut berkenan mencemar duli ke istiadat tersebut ialah Sultanah Kelantan, Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.

Terdahulu, baginda tiba di pekarangan kompleks berkenaan kira-kira pukul 11.40 pagi.

Baginda kemudian berkenan melakukan pemeriksaan barisan sempena istiadat tersebut dan merasmikan pembukaan sidang DUN Kelantan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN