PETALING JAYA: Perkhidmatan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga pukul 12.30 malam ini.
Rapid Rail Sdn. Bhd. dalam kenyataan memaklumkan, ia bagi memberikan keselesaan kepada penumpang dan penonton yang menghadiri Perlawanan Akhir Piala Malaysia serta Konsert Solo Pertama Amy Search di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Katanya, stesen-stesen sambungan turut dilanjutkan operasinya bagi memudahkan penumpang meneruskan perjalanan ke destinasi akhir.
Bagi kelancaran perjalanan, orang ramai disarankan untuk menggunakan kad Touch’nGo (TnG) dan memastikan baki kad mencukupi sebelum memulakan perjalanan. – UTUSAN