SPRM reman pegawai masyarakat

SPRM reman pegawai masyarakat disyaki menerima rasuah RM40,000

SUSPEK dibawa pegawai SPRM keluar dari Mahkamah Sesyen Sandakan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Seorang pegawai pegawai kemajuan masyarakat sebuah Dewan Undangan Negeri (DUN)  di Sandakan ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes menerima habuan RM40,000 melibatkan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ).

Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu dikeluarkan oleh Hakim Zaini Fishir di Mahkamah Sesyen Sandakan bermula hari ini sehingga 1 Mei untuk membantu siasatan.

Menurut sumber, suspek dipercayai telah menerima jumlah tersebut sejak 2022 sehingga 2025 untuk memberi projek berkenaan kepada beberapa individu dan kontraktor.

Pada petang semalam, suspek telah ditahan di Pejabat SPRM Sandakan ketika hadir memberi keterangan.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk Karunanithy Y Subbiah mengesahkan tangkapan tersebut dan kes disiasat bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN