Sindiket jual minyak enjin `kitar semula’ di media sosial 

Sindiket jual minyak enjin `kitar semula’ di media sosial 

ANGGOTA Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menunjukkan minyak enjin tiruan hasil rampasan dianggarkan bernilai RM1.3 juta dalam Operasi bersepadu bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Minyak enjin tiruan yang dijual sindiket di media sosial dan bengkel-bengkel kenderaan di sekitar Lembah Klang dipercayai merupakan minyak terpakai yang `dikitar semula’.

Ia dikesan hasil rampasan ribuan botol minyak enjin dianggarkan bernilai RM1.3 juta dalam Operasi bersepadu bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di tiga premis perniagaan di Ara Damansara, Subang dan Kepong dekat sini semalam.

Penggunaan minyak itu boleh menjejas prestasi dan memendekkan jangka hayat kenderaan.

Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Biro Jenayah Hidupan Liar/ Perisikan dan Siasatan Khas (WCB/PSK) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, siasatan awal mendapati minyak enjin tersebut diimport.

Beliau berkata, pihaknya percaya sindiket mengitar semula minyak terpakai sebelum dijual kepada bengkel dan melalui media sosial pada harga 40 peratus lebih murah daripada harga asal.

“Bagaimanapun, minyak itu dijual kepada orang ramai atau pelanggan pada harga pasaran mengikut jenama dan kuantiti bagi mengaut keuntungan,” katanya ketika dihubungi semalam. 

Mohammad Azlin berkata, dalam serbuan itu, polis menemukan 6,900 botol minyak pelincir pelbagai jenis, 16 unit tong drum seberat 3,300 kilogram (kg) dan 26 unit tangki mengandungi 19,500 liter minyak pelincir dianggarkan berjumlah RM1.3 juta. 

Beliau berkata, pihaknya akan menerus dan memperluaskan operasi bagi mengesan sindiket-sindiket terlibat dengan penjualan minyak enjin palsu. 

“Siasatan lanjut sedang dijalankan. Penggunaan minyak enjin tidak mengikut piawaian akan menjejaskan prestasi dan menyebabkan jangka hayat enjin kenderaan menurun,” katanya. 

Media kelmarin melaporkan, polis membongkar modus operandi sindiket dengan membotolkan semula minyak enjin kenderaan disyaki palsu menggunakan label terkenal sebelum dijual menerusi platform media sosial dan bengkel kenderaan di sekitar Lembah Klang.

Dalam operasi kira-kira pukul 8.30 malam itu,  seramai 13 individu termasuk dua wanita  ditahan. 

Mohammad Azlin dilaporkan berkata, siasatan mendapati, dua premis digunakan sebagai gudang menyimpan minyak yang sudah dibotolkan, dan sebuah lagi untuk operasi membotolkan minyak berkenaan.

Beliau dilaporkan berkata, sindiket terbabit dipercayai beroperasi sejak tiga tahun lalu dan menggunakan taktik menyamar sebagai pengeluar sah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya