KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa berpangkalan di Amerika Latin dengan rampasan dadah bernilai RM82.14 juta, hasil tiga serbuan di Kajang dan Cheras, baru-baru ini. Tangkapan membabitkan tiga lelaki tempatan berusia antara 27 hingga 39 tahun itu dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman pada 24 dan 25 April lalu. Pemangku Pengarah JSJN Bukit Aman, Deputi Komisioner Mat Zani @ Mohd. Salahuddin Che Ali berkata, serbuan pertama dijalankan pada 24 April jam 4.30 petang di sebuah rumah tiga tingkat di Taman Nadayu, Kajang. “Di lokasi pertama, polis…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya