Shukri Yahaya kekok digelar ‘lelaki paling setia’, sayang isteri ikhlas - Utusan Malaysia

Shukri Yahaya kekok digelar ‘lelaki paling setia’, sayang isteri ikhlas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Shukri Yahaya, tidak menyangka layanan baik yang diberikannya kepada isteri, Tya Adnan, akan menjadi perhatian seterusnya membuatkan masyarakat mahu menjadikannya contoh ‘lelaki setia’.

Kekok menerima julukan tersebut, Shukri atau Mohd Shukri bin Yahaya, 38, menegaskan dia tidak menginginkan sebarang gelaran sebaliknya ikhlas menyayangi keluarga kecilnya. 

“Saya tak pernah bangga dilabel sebagai lelaki setia dan tak anggap ia sesuatu yang bagus pun. Saya sentiasa mengingatkan diri, apa pun saya buat, apa yang saya lakukan, saya akan ingat keluarga. 

“Saya akan ingat isteri dan anak-anak. Apa pun jadi, apa yang saya buat akan beri kesan kepada keluarga saya. Jadi, saya tak nak perkara (buruk) itu terjadi,” ujarnya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini. 

Bukan itu sahaja, pelakon itu juga sempat menunjukkan gambar keluarganya kepada media yang menjadi foto utama di telefon bimbit sebagai bukti ingatan dan cintanya kepada isteri dan anak-anak. 

Maklum ramai yang memuji perubahan isteri yang sudah berniqab, Shukri juga bertekad menjaga pergaulan dan enggan lagi melakonkan adegan bersentuhan. 

“Rasanya dah tak ada saya berlakon pegang tangan (pelakon wanita). Tapi harapnya la saya terus istiqamah, terus menjaga hati isteri saya dan keluarga. 

“Doakan la juga untuk saya,” kata Shukri. 

Dalam perkembangan lain, Shukri kini melakonkan filem pertamanya menerusi naskhah Blood Brothers yang menceritakan persaudaraan sekumpulan mafia yang teruji. 

Filem arahan Abhilash Chandra dan Syafiq Yusof itu sudah menemui penonton bermula 10 April lalu. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya