Setiausaha Agung IKRAM meninggal dunia

Setiausaha Agung IKRAM meninggal dunia

Shahrul Aman
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas pemangku Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Shahrul Aman Mohd. Saari meninggal dunia pagi ini di Institut Kanser Negara (IKN).

Berita pemergian Allahyarham dimaklumkan oleh Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Khubaib Azhari dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ikram, memaklumkan, solat jenazah Allahyarham Shahrul Aman akan diadakan di Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang selepas solat Zohor.

Jenazah kemudian akan dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran masjid berkenaan.

Shahrul Aman memangku jawatan Pengerusi Bersih dari Mac hingga Oktober 2018 selepas penyandang terdahulu, Maria Chin Abdullah melepaskan jawatan tersebut untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).- UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN