Selangor catat RM158 juta bagi jualan e-dagang

Selangor catat RM158 juta bagi jualan e-dagang

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari hadir ke sambutan Hari Raya Sidec dan Malaysia Top E-Commerce di Hotel One World, Petaling Jaya. FOTO/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor mencatat RM158 juta bagi rekod jualan menerusi platform e-dagang, menjadikan jumlah terkumpul nilai dagangan kasar (GMV) melebihi RM500 juta sejak 2016.

 

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ia membuktikan sifat keterbukaan perusahaan dalam dalam menerima perubahan sekali gus meningkatkan kemajuan pemasaran digital.

 

“Hasil komersial cukup memberangsangkan, tahun ini sahaja kempen ini menjana jualan sebanyak RM158 juta, menjadikan jumlah terkumpul sejak 2016 melebihi RM500 juta.

 

“Namun, apa yang benar-benar menonjol adalah bagaimana perusahaan kita menerima perubahan. Ia membuktikan kemajuan pemasaran real-time dan kreativiti perniagaan tempatan,” katanya ketika berucap sempena Anugerah E-Commerce Merchant Terbaik 2025 oleh Perbadanan Ekonomi Digital dan Teknologi Maklumat Selangor (SIDEC).

 

Penganugerahan itu meraikan 10 syarikat tempatan menerusi kategori utama perniagaan e-dagang terbaik dan beberapa lagi kategori lain.

 

Dalam pada itu, tambah Amirudin, Kerajaan Negeri Selangor turut komited dalam mempertahankan industri semikonduktor negara.

 

Katanya, ia bertujuan memastikan perniagaan tempatan terus mempunyai akses kepada sokongan yang diperlukan untuk berkembang dalam kemajuan digital antaranya Program Pemecut Selangor (SAP) dan Selangor 1000 Digital.

 

“Selangor sejak sekian lama percaya pada potensi ekonomi digital yang rancak dan inklusif. Ini mendorong kami untuk terus melabur dalam inisiatif berorientasikan masa depan.

 

“Tujuan kami jelas iaitu untuk memastikan setiap perniagaan, mempunyai akses kepada sokongan dan peluang yang diperlukan untuk berkembang dalam dunia digital yang dinamik ini.

 

“Saya harap dengan inisiatif dari Kerajaan Negeri Selangor, ia dapat bantu bangunkan hab baharu semikonduktor di Malaysia,” katanya. – 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya