RISDA sasar harga getah sekerap RM5, lateks RM15

RISDA sasar harga getah sekerap RM5, lateks RM15

MANNDZRI Nasib ketika ditemui sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri RISDAPihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Tahun 2025, di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) menyasarkan harga getah sekerap ditetapkan pada kadar RM5 sekilogram manakala RM15 sekilogram bagi getah lateks.

Pengerusinya, Manndzri Nasib berkata, perkara mengenai penetapan harga itu akan diketengahkan menerusi kertas cadangan yang kini dalam proses untuk disiapkan dan seterusnya akan dibentangkan dalam Mesyuarat Kabinet dalam masa terdekat.

Jelas beliau, kertas kerja itu akan mengetengahkan tiga perkara iaitu RISDA sebagai pembeli tunggal getah, dasar buy Malaysia latex first dan pengenaan fi pada getah import.

“Jadi kita sudah nampak perkembangan. Kertas Kabinet akan diangkat, mudah-mudahan dalam mesyuarat kabinet yang terdekat ni boleh dibentangkan harga getah bermaruah itu.

“Kalau ekosistem itu dapat dibentuk, insya-Allah harga getah boleh naik,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri RISDA Tahun 2025, di sini.

Dalam pada itu, Manndzri berkata, pihaknya juga berharap matlamat Rancangan Malaysia Ke-13 untuk menanam getah 10,000 hektar setahun dapat dicapai.

Katanya, sasaran yang ditetapkan itu mengambil kira beberapa proses termasuk pembersihan dan rawatan tanah menggunakan dana seperti yang ditetapkan dalam Belanjawan 2025.

“Pada tahun 2024, kita sudah tanam 4,600 hektar dan 7,000 hektar setakat 2025. Kita berharap tahun ini kita boleh capai sasaran 10,000 hektar itu.

“Kalau ikutkan memang kita agak perlahan sebab itu sahaja dana yang ada. Kita sasarkan 10,000 hektar setahun kerana untuk rawatan pokok, ia menggunakan kos yang agak tinggi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN