Remaja sunting, jual gambar lucah guna teknologi AI disambung reman

Remaja sunting, jual gambar lucah guna teknologi AI disambung reman

M. KUMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Remaja remaja lelaki berusia 16 tahun yang disyaki menyunting gambar lucah menggunakan wajah mangsa dan menjualnya di media sosial, disambung reman sehingga Selasa depan.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, lanjutan tempoh reman yang tamat hari ini bagi membantu siasatan.

“Setakat hari ini, sebanyak 22 laporan polis telah diterima berhubung perbuatan tersebut, manakala motif suspek berbuat demikian masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi pemberita, hari ini.

Terdahulu, Kumar memaklumkan remaja tersebut yang masih bersekolah menjual gambar yang disunting itu dengan harga serendah RM2 sekeping.

Katanya, suspek menyunting gambar tersebut menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) berdasarkan gambar-gambar mangsa yang diperoleh daripada akaun media sosial mereka.

“Kes ini terbongkar selepas seorang remaja perempuan berusia 18 tahun membuat laporan polis apabila mendapati wajahnya digunakan dalam gambar lucah yang tular di laman sosial,” ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Teo Nie Ching memaklumkan,  kira-kira 40 individu dipercayai menjadi mangsa penyebaran gambar lucah palsu tersebut termasuk pelajar berusia 14 tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya