Remaja 14 tahun didakwa diliwat anak kakitangan pusat tahfiz

Remaja 14 tahun didakwa diliwat anak kakitangan pusat tahfiz

SITI KAMSIAH HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malang nasib seorang pelajar tahfiz apabila mendakwa diliwat oleh anak kepada kakitangan pusat pengajian itu di Ampang dekat sini, tahun lalu. 

Kejadian itu terbongkar apabila rakan mangsa yang mengetahui insiden berkenaan telah menceritakan kepada ibunya, sebelum wanita terbabit memaklumkan kepada bapa mangsa.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, pihaknya menerima laporan daripada lelaki berusia 39 tahun yang merupakan bapa mangsa, Ahad lalu.

Menurutnya, pengadu mendakwa kejadian berlaku pada April 2024 apabila mangsa berusia 14 tahun itu diliwat oleh anak kakitangan pusat tahfiz berkenaan dalam bilik air. 

“Sebelum itu, pada hari yang sama ketika berada di dalam bilik asrama, suspek telah memeluk mangsa dan mengambil tangan kiri mangsa lalu memasukkan ke dalam seluar suspek untuk melakukan perkara tidak senonoh. 

“Akibat kejadian terbabit, mangsa kini mengalami trauma di atas perkara yang berlaku,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Siti Kamsiah, mangsa telah menceritakan kejadian terbabit kepada rakannya. 

“Mangsa tidak menceritakan kejadian yang berlaku kepada pengadu kerana takut dimarahi oleh bapanya. Susulan itu, pihak polis telah menahan suspek berusia 18 tahun bagi membantu siasatan,” katanya. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN