Reaksi positif pengundi suntik semangat Mohamad Yusri

Reaksi positif pengundi suntik semangat Mohamad Yusri

MOHAMAD Yusri Bakir bertemu pengundi di Kampung Pulau Tiga Jalan Stesyen Tapah, Perak. -UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKADIMAH

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning disifatkan ujian terhadap muafakat Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang membentuk Kerajaan Perpaduan di Perak.

Di atas kertas, calon BN, DR. MOHAMAD YUSRI BAKIR, 54, mampu mencatatkan kemenangan majoriti lebih besar berbanding 2,213 undi diperoleh BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Kepada wartawan Utusan Malaysia, MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM, beliau berkongsi strateginya untuk memikat pengundi Ayer Kuning.

UTUSAN: Bagaimana dengan gerak kerja kempen setakat ini di Ayer Kuning?
MOHAMAD YUSRI: Setakat ini, gerak kerja telah disusun rapi diikuti kerja-kerja. Saya yakin kerusi ini kekal milik BN. Kerjasama antara jentera BN dan PH pada tahap terbaik.

Bagaimana dengan kekuatan jentera?
Kombinasi antara BN dan PH juga amat baik, saya yakin gabu­ngan jentera ini akan membuahkan hasil yang sangat hebat. Tiada unsur boikot dan sebagainya, semuanya berjalan dengan lancar.

Apakah misi dan visi untuk penduduk Ayer Kuning?
Isu pendidikan menjadi ke­utamaan saya kerana itu selari dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat berpelajaran. Aspek pendidikan menjadi teras utama kerana dengan pendidikan kita dapat melahirkan masyarakat yang berpelajaran dan berkualiti.

Bagaimana sambutan pe­ngundi setakat ini terhadap BN?
Saya mendapat suntikan semangat apabila mendapat reaksi positif pengundi di setiap kawasan yang dikunjungi. Ini merupakan satu rangsangan baik kepada kami di pihak BN dan berharap undian memihak kepada kami. Kebanyakan mereka berkongsi aduan dan masalah setempat untuk diberi perhatian termasuklah yang melibatkan kos sara hidup dan bantuan kebajikan. Saya mengambil perhatian dengan sewajarnya.

Apakah harapan sekiranya terpilih sebagai wakil rakyat?
Selain penumpuan terhadap bi­dang pendidikan terutama­nya mo­dal insan, pembangunan infras­truktur dan kemudahan turut diambil kira dengan sebaik­nya. Ayer Kuning berpotensi untuk dimajukan dalam sektor pertanian khususnya sebagai hab sayur-sayuran menerusi konsep rumah hijau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN