Rakyat semarakkan Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Raja

Rakyat semarakkan Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Raja Perlis

PERSIAPAN rapi dilaksanakan bagi menyambut Sambutan Jubli Perak Sempena 25 tahun Pemerintahan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di Istana Arau, Perlis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Sambutan Jubli Perak Sempena 25 tahun Pemerintahan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang disambut hari ini merupakan detik bersejarah buat rakyat Perlis.

Menteri Besar, Mohd. Shuk­ri Ramli berkata, Tuanku Syed Sirajuddin merupakan seorang pemimpin yang amat prihatin dan cakna dengan permasalahan rakyat.

Katanya, baginda sentiasa memikirkan masalah rakyat, contohnya untuk Sambutan Jubli Perak ini, Tuanku Syed Sirajuddin turut mengambil berat tentang tempoh masa penutupan jalan bagi tujuan itu.

“Baginda amat prihatin ji­ka rakyatnya susah dan ma­syarakat negeri ini sememang­nya bertuah mempunyai pe­merintah seperti ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mohd. Shukri berkata, Tuanku Syed Sirajuddin juga sentiasa memberi penekanan kepada kerajaan negeri agar terus berusaha meningkatkan pendapatan dan memastikan semua pelaksanaan dirasai seluruh rakyat.

Katanya, baginda turut men­zahirkan keyakinan tentang semangat negeri ini di mana setiap rakyat diharap dapat memartabatkan Perlis agar setaraf dengan negeri lain.

“Oleh itu, saya juga sarankan agar seluruh rakyat negeri ini dapat bersama-sama menyemarakkan Sambutan Jubli Perak ini dan menunjukkan kebersamaan kita,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Mohd. Ridzuan Hashim berkata, Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Tuanku Syed Sirajuddin merupakan satu detik paling bermakna dan sewajarnya diraikan oleh seluruh rakyat.

“Sepanjang 25 tahun peme­rintahan baginda, Tuanku Syed Sirajuddin telah memimpin negeri ini dengan penuh kebijaksanaan, berjiwa rakyat dan sentiasa menitik-beratkan kesejahteraan semua pihak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya