Raih RM8,000 sebulan jual kek pisang ‘kayangan’

Raih RM8,000 sebulan jual kek pisang ‘kayangan’

NOR Syahira Idayu Sukri menunjukkan kek pisang pelbagai variasi yang dihasilkan di Kampung Gelam Mas, Besut, Terengganu. – UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Inisiatif kreatif seorang bekas juruwang dengan mempelbagaikan perisa kek pisang membolehkannya menjana pendapatan mencecah RM8,000 sebulan.

Nor Syahira Idayu Sukri, 33, berkata, idea menghasilkan pelbagai jenis kek pisang dengan topping (krim atau gula disapu atas kek) yang kelihatan mewah atau kayangan itu tercetus selepas melihat perkembangan trend terkini penghasilan pencuci mulut dan manisan.

“Bagi kek pisang ini, saya menggunakan pisang jelai berangan sebagai ramuan utama dan mempelbagaikan dekorasi kek mengikut permintaan pelanggan.

“Alhamdulillah, kek pisang pelbagai variasi saya mampu bersaing dengan kek-kek moden yang sedang meningkat naik ketika ini dan permintaan yang diterima mencecah sehingga 200 biji sebulan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Kampung Gelam Mas di sini.

Menurut Nor Syahira Idayu, kek pisang sering dijadikan hidangan di pelbagai majlis termasuk jamuan dan sebagai hantaran pertunangan, selain sebagai buah tangan.

Katanya, dia menitik-beratkan kualiti kek untuk kepuasan pelanggan terutama aspek keaslian rasa tanpa perasa tiruan.

“Pelanggan lebih suka rasa lemak manis yang terhasil daripada buah pisang berbanding perasa tambahan. Sebelum ini saya pernah mencuba menggunakan perasa tiruan dalam adunan kek namun ia mendapat kritikan daripada pelanggan. Sejak itu saya kembali menggunakan pisang jelai berangan sepenuhnya, meskipun harganya agak mahal.

“Ketika ini lebih 10 jenis kek pisang telah saya hasilkan dan mendapat permintaan memberangsangkan antaranya kek pisang coklat, kek pisang coklat leleh, kek pisang keju, kek pisang kacang campur dan banyak lagi,” ujarnya.

Kata ibu kepada lima cahaya mata itu, ia dijual pada harga serendah RM18 hingga RM50 mengikut jenis dan saiz kek. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya