SHAH ALAM: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menawarkan rumah kosong untuk disewa dan dibeli dengan harga lebih rendah kepada mangsa insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mahmud Abbas berkata, pihaknya telah berbincang dengan kerajaan negeri bagi memastikan kediaman kosong di bawah pengurusan PKNS dimanfaatkan mangsa yang kehilangan tempat tinggal. Jelas beliau, rumah yang ditawarkan itu berada di beberapa lokasi strategik seperti Shah…