JPJ ganti 163 dokumen secara percuma

Putra Heights: JPJ ganti 163 dokumen secara percuma

AEDY Fadly Ramli
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 163 perkhidmatan gantian dokumen dibuat secara percuma oleh  Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memudahkan mangsa tragedi Putra Heights mendapatkan gantian dokumen penting berkaitan kenderaan secara percuma.

Ketua Pengarahnya, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, daripada jumlah tersebut, 114 merupakan cetakan dokumen Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC), 17 Lesen Kenderaan Motor (LKM), empat Lesen Memandu Malaysia (LMM), Lesen Vokasional (GDL / PSV) dan 28 Lesen Memandu Kompeten (CDL).

“JPJ juga telah menerima sebanyak 19 permohonan untuk urusan pembaharuan CDL dan sebanyak 58 khidmat nasihat kepada mangsa kebakaran di Putra Heights berkaitan insurans kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kaunter Bergerak JPJ Mobile telah beroperasi pada 3 April 2025 (Khamis) hingga 6 April 2025 (Ahad) di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Masjid Putra Heights.

Inisiatif ini adalah untuk meringkankan beban dan memudahkan mangsa yang kehilangan dokumen kenderaan dengan menggantikan dokumen pengangkutan yang musnah atau hilang  tanpa perlu membuat laporan polis.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN