Pulau Pinang tubuh pasukan petugas khas tarif AS

Pulau Pinang tubuh pasukan petugas khas tarif AS

CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Pulau Pinang mengumumkan penubuhan satu pasukan petugas khas bagi memantau tarif yang akan dikenakan Amerika Syarikat (AS) terhadap beberapa negara termasuk Malaysia sebagai langkah proaktif untuk menghadapi kesannya.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, ketika ini, langkah drastik AS itu dilihat memberi kesan langsung terhadap Pulau Pinang yang terkenal sebagai antara penyumbang eksport terbesar negara, khususnya dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E).

“Sebagai sebuah negeri yang berorientasikan eksport, Pulau Pinang sebenarnya terdedah secara langsung terhadap implikasi daripada langkah-langkah ini.

“Justeru, kami menggariskan dua inisiatif utama bagi berdepan situasi ini termasuk menubuhkan pasukan pemantauan tarif yang akan bertindak sebagai pusat penyelarasan untuk memantau perkembangan perdagangan dan memberi maklum balas dasar kepada kerajaan negeri serta kerajaan pusat,” katanya selepas mempengerusikan sesi perbincangan meja bulat mengenai tarif AS bersama 35 wakil industri termasuk agensi kerajaan, pemain industri serta akademik di Penang Institute di sini, hari ini. 

Menurut Kon Yeow, inisiatif penubuhan pasukan pemantau tarif itu juga diyakini akan memperkukuh kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Jelasnya, AS kekal sebagai pasaran eksport utama Pulau Pinang ketika ini yang menyumbang 17 peratus daripada jumlah eksport negeri, diikuti China (18 peratus) dan Singapura (15 peratus). 

“Kesan tarif ini tidak hanya tertumpu kepada sektor E&E atau semikonduktor semata-mata, malah sektor lain seperti getah turut terjejas. 

“Jadi, kita tak boleh duduk tunggu sehingga 90 hari. Tempoh ini mesti digunakan sebaiknya untuk berunding dan bertindak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Penang, Datuk Loo Lee Lian berkata, setakat ini, tidak ada syarikat atau kilang di Pulau Pinang yang menutup operasi berikutan tindakan AS mengenakan tarif menyeluruh ke atas import dari Malaysia iaitu sehingga 24 peratus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya