2.9 juta kenderaan kembali ke ibu kota sehingga lewat malam ini

2.9 juta kenderaan kembali ke ibu kota sehingga lewat malam ini

ALIRAN trafik bergerak perlahan di Bandar Utama, Gua Musang, Kelantan menuju ke Pahang susulan pertambahan jumlah kenderaan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 2.9 juta kenderaan dijangka memasuki ibu kota sehingga lewat malam ini susulan pergerakan orang ramai pulang ke bandar selepas sambutan Aidilfitri.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik di beberapa lebuh raya utama mula bergerak perlahan berikutan pertambahan jumlah kenderaan, khususnya melibatkan pengguna jalan raya yang pulang ke Lembah Klang.

“Aliran trafik hari ini menunjukkan peningkatan secara berperingkat sejak awal pagi dan dijangka berterusan hingga ke malam apabila orang ramai mula kembali ke bandar untuk kembali bekerja.

“Aliran trafik masuk ke ibu kota ketika ini membabitkan pergerakan dari arah utara, selatan dan pantai timur, khususnya melalui lebuh raya utama seperti Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) serta Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

“Aliran kenderaan semalam tertumpu dari pantai timur, sementara hari ini peningkatan paling ketara berlaku dari utara dan selatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah LLM, kesesakan di beberapa laluan tertentu turut dipengaruhi oleh beberapa insiden yang berlaku, termasuk kenderaan rosak di tengah jalan dan kemalangan kecil, sekali gus menyebabkan aliran trafik bergerak lebih perlahan daripada biasa

Antaranya, sebuah kemalangan dilaporkan di Lebuhraya Utara-Selatan dari Gopeng menuju Tapah (arah selatan) pada Kilometer 321.0.

“Selain itu, sebuah lori mengalami kerosakan di laluan Changkat Jering ke Kuala Kangsar pada Kilometer 231.7. Bagi laluan dari arah selatan menuju ke ibu negara, dimaklumkan tiada kemalangan dilaporkan setakat ini, namun trafik kekal tinggi,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN