Prosiding perceraian Nora Ariffin ditetapkan 6 Mei - Utusan Malaysia

Prosiding perceraian Nora Ariffin ditetapkan 6 Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penyanyi, Datuk Nora Ariffin,52, memfailkan permohonan cerai terhadap suami, Dr. Rushdi Ramli di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, di sini hari ini.

Menurut peguam mewakili Nora, Sarah Mohd Ali berkata, tarikh sebutan pertama prosiding perceraian pasangan itu akan berlangsung pada 6 Mei depan.

Jelas Sarah, pihak defendan iaitu Dr. Rushdi juga sudah sedia maklum berhubung tindakan Nora untuk menuntut perceraian.

“Nora sudah selamat failkan cerai terhadap suami di bawah Sesyen 47. Tarikh sebutan pertama prosiding perceraian adalah pada 6 Mei, jam 9 pagi. Isu-isu perceraian akan dibentangkan di mahkamah nanti.

“Pihak media juga sedia maklum apa yang telah berlaku sebelum ini dan kemungkinan ada isu-isu tersebut akan disebutkan dalam mahkamah nanti.

“Pihak Nora akan serahkan salinan permohonan cerai kepada pihak defendan iaitu suaminya. Pihak suami Nora juga maklum berkenaan proses hari ini,”katanya.

Dalam pada itu, Sarah tidak menolak, kemelut rumah tangga pasangan tersebut berpunca disebabkan wujudnya pihak ketiga sehingga perkahwinan selama 6 tahun itu tidak dapat diselamatkan lagi.

“Perceraian ini tidak boleh dielakkan lagi disebabkan ada unsur orang ketiga. Perkahwinan mereka cukup bahagia, tetapi disebabkan ada gangguan pihak ketiga. Namun kami tidak dedahkan dahulu siapa pihak ketiga tersebut.

Terdahulu, Nora mengejutkan ramai apabila memuat naik foto hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat dipercayai ingin memfailkan perceraian terhadap suami selepas didakwa didesak pihak ketiga.

Sementara itu, Dr. Rushdi pula tampil bersuara memihak Nora dan mengakui menerima tekanan daripada pihak lain agar berpisah dengan Nora.

Baru-baru ini, Nora sekali lagi meluahkan hasrat untuk memfailkan perceraian selepas gagal menemui titik penyelesaian.

Hujung 2021, Nora mengesahkan sudah bergelar isteri kepada Dr. Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya.

Nora sebelum itu pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer, Johan Nawai pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN