UPTM terap SDG lahir graduan lestari

UPTM terap SDG lahir graduan lestari

Permohonan masuk IPTA melalui UPUOnline dibuka 29 Januari
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) ko­mited menerapkan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) secara menyeluruh merangkumi aspek pendidikan berkualiti, kese­jahteraan dan kelestarian warga kampus serta kerjasama strategik dengan pelbagai pihak.

Naib Canselor UPTM, Profe­sor Dr. Sharifah Syahirah Sy Sheikh berkata, antara fokus utama universiti ialah SDG 17 iaitu Perkongsian untuk Mencapai Matlamat (Strategic Partnership for the Goals) yang menekankan kepen­tingan kerjasama strategik dan ja­ringan profesional dalam kalangan graduan.

“Graduan perlu memastikan diri mereka mampu bekerjasama dengan pelbagai pihak. Keupayaan membina jaringan dan menggunakan kerjasama itu untuk mencapai matlamat le­bih besar adalah kunci kejayaan masa depan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Konvoke­syen UPTM di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), semalam.

Mengenai aspek pendidikan, Dr. Sharifah Syahirah berkata, UPTM menitikberatkan kualiti pembelajaran serta kesejahte­raan warga universiti termasuk kebajikan, kesihatan dan kese­jah­teraan mental pelajar dan kakitangan.

“Apabila kesejahteraan insan dijaga dan hubungan sesama warga diperkukuhkan, ia akan melahirkan persekitaran harmo­ni dan mampan. Inilah nilai yang ingin kami lestarikan,” katanya.

UPTM turut melaksanakan pelbagai program berteraskan SDG termasuk aktiviti alam sekitar dan kemasyarakatan seperti Eco Heri­tage yang melibatkan pelajar, alumni serta pelajar antarabangsa.

“Ramai alumni kami kini berjaya sebagai eksekutif dan juga pengasas syarikat sendiri. Mereka kembali ke kampus untuk berkongsi pengalaman dan menjadi inspirasi kepada pelajar, selari dengan aspirasi SDG,” katanya.

Beliau menegaskan, SDG ti­dak sukar untuk diterapkan ke­rana 17 matlamat yang terkandung adalah keperluan asas manusia merangkumi kelesta­rian alam sekitar, pekerjaan, kewangan, hubungan sosial dan perpaduan negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN