Program ziarah luar dedah sirah Nabi Muhammad SAW

Program ziarah luar dedah sirah Nabi Muhammad SAW

Kamarudin Abd. Hamid memberi penerangan mengenai Telaga Bi’rul Khatam atau Telaga Cincin di pekarangan Masjid Quba, Madinah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADINAH: Bakal jemaah haji Malaysia yang bakal menunaikan ibadah itu di bawah kendalian Tabung Haji akan dibawa mengikuti aktiviti ziarah luar yang memberi manfaat menambah pengetahuan mengenai sirah Nabi Muhammad SAW.

Mereka akan dibawa ke beberapa lokasi sekitar Madinah termasuk Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh dan Jabal Uhud.

Pembimbing Ibadat Haji TH, Kamarudin Abd. Hamid berkata, sehubungan itu Tabung Haji membawa pengamal media ke lokasi berkenaan bagi menguar-uarkannya kepada orang ramai.

Katanya, media merupakan platform terbaik menyampaikan dakwah serta ilmu mengenai agama Islam terutama dalam sirah perjalanan Nabi Muhammad SAW menyebarkan agama suci ini di kota Madinah.

“Sehubungan itu, adalah amat baik pengamal media yang bersama TH menyebarkan lokasi serta persekitaran yang bersejarah untuk pengetahuan mereka dan boleh diuar-uarkan kepada orang awam melalui alat yang canggih dan seumpamanya,” katanya di sini semalam.

Jemaah haji Malaysia yang berada di Madinah akan turut berpeluang merasai pengalaman menyertai aktiviti ziarah dalam dan luar.

Seramai 31,600 jemaah bakal menunaikan ibadah haji bagi musim 1446H/2025M dengan penerbangan pertama dijadual tiba di Madinah esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN