PRK Ayer Kuning: Pengundian awal di IPD Tapah selesai - Utusan Malaysia

PRK Ayer Kuning: Pengundian awal di IPD Tapah selesai

PUSAT pengundian awal PRK Ayer Kuning melibatkan anggota polis di Dewan Anggerik, Kompleks Perumahan IPD Tapah hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Pengundian awal melibatkan anggota polis dan pasangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning di Dewan Anggerik, Kompleks Perumahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah di sini selesai seawal pukul 8.55 pagi tadi.

Semua pengundi berdaftar untuk mengundi awal pada PRK tersebut telah melaksanakan tanggungjawab mereka.

Namun, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan pusat pengundian itu tetap ditutup pada pukul 12 tengah hari ini seperti yang ditetapkan.

Difahamkan, terdapat 23 pengundi awal di kompleks tersebut dengan tiga merupakan pengundi pos dan seorang telah meninggal dunia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya