Prinsip ASEAN jelas sokong perdagangan bebas

Prinsip ASEAN jelas sokong perdagangan bebas

ANWAR Ibrahim menyampaikan ucapan penutup Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) Ke-12 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kedudukan ASEAN adalah jelas kerana menyokong perdagangan bebas dan berpandukan peraturan.

Sebagai Pengerusi ASEAN, Anwar berkata, setiap negara anggota kekal komited terhadap penyertaan dalam Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

“Ini bermakna, kita terus komited terhadap penyertaan dalam WTO, sebagaimana yang telah kita lakukan sejak beberapa dekad lalu. Jadi, saya tidak melihat ia sebagai satu masalah besar (tarif timbal balik oleh Amerika Syarikat),” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan penutup Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) Ke-12 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.

Pada masa sama, Anwar turut menzahirkan penghargaan buat semua delegasi ASEAN dan menekankan kepentingan bekerjasama secara lebih erat dalam menyampaikan pendirian yang jelas dan kukuh.

“Bukan sahaja dalam kalangan kita (negara ASEAN), tetapi ketika berurusan dengan pihak lain termasuk Amerika Syarikat (AS).

“Saya menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan atas perbincangan yang bermanfaat dan perbincangan ini akan diteruskan dengan negara-negara lain,” katanya.

Anwar memaklumkan, beliau turut berhubung dengan Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon yang menunjukkan minat untuk bekerjasama dengan ASEAN.

Sementara itu, Anwar memaklumkan, Presiden China, Xi Jinping akan mengadakan lawatan ke Malaysia mulai 15 hingga 17 April ini.

Beliau berkata, lawatan itu merupakan satu cabaran besar bukan sahaja buat negara ini, bahkan buat ASEAN dalam menunjukkan makna sebenar keutamaan serantau.

“Mengapa kita perlu melibatkan semua negara anggota dan mengapa pendekatan kita yang lebih positif dan pragmatik dalam berurusan dengan semua pihak adalah penting.

“Harapan kita (ASEAN) adalah isu-isu yang kontroversi dapat diselesaikan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya