Polis masih buru dalang utama curi kabel ERL

Polis masih buru dalang utama curi kabel ERL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG : Dua suspek disyaki dalang utama dalam kejadian kecurian kabel Express Rail Link (ERL) KLIA Ekspres dan KLIA Transit di sekitar Bandar Baru Salak Tinggi dan Dengkil di, Sepang, Selangor baru-baru ini masih diburu polis.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, tiga suspek yang sudah ditahan minggu lalu dipercayai menerima arahan daripada dua suspek yang masih bebas.

“Sekarang ini, masih ada dua suspek yang bebas, lokasi mereka sudah dikenal pasti secara lebih khusus dan siasatan masih dijalankan.

“Berdasarkan siasatan, dua suspek yang masih bebas dipercayai merupakan perancang utama atau ‘mastermind’ dalam kejadian ini,” katanya selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Serdang, di sini hari ini.

Beliau berkata, tiga orang suspek yang ditahan masih belum didakwa, mereka akan dituduh sebaik sahaja siasatan selesai dan keadaan tertentu dipenuhi.

Menurut beliau, siasatan menyeluruh sedang dijalankan bagi mengesan setiap suspek yang terbabit dalam kes berkenaan yang menyebabkan gangguan perkhidmatan selama beberapa jam.

“Berdasarkan siasatan pihaknya percaya motif suspek mencuri kabel terbabit adalah untuk dijual bagi mendapatkan wang berikutan nilai kabel berkenaan yang tinggi.

“Dua daripada suspek yang ditahan disahkan terlibat secara langsung dalam kejadian atas arahan daripada suspek utama manakala seorang lagi hanya bertugas memandu kenderaan yang digunakan dalam kes ini,” jelasnya.

Tambah beliau, motif utama kecurian adalah untuk tujuan penjualan, barang yang dicuri merupakan kabel yang bernilai tinggi dianggarkan sepanjang kira-kira 100 meter.

Sebelum in, media melaporkan, tiga lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dengan aktiviti mencuri kabel perkhidmatan tren KLIA Ekspres dan KLIA Transit di sekitar Bandar Baru Salak Tinggi dan Dengkil.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya