PM arah SOP pembangunan sedia ada diperkemas, disemak semula

PM arah SOP pembangunan sedia ada diperkemas, disemak semula

ANWAR Ibrahim (kanan) bersalaman dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara ke-47 di Putrajaya hari ini.-FACEBOOK/ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri mengarahkan prosedur operasi standard (SOP) proses kelulusan pembangunan sedia ada diperkemas dan disemak semula.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, untuk tujuan itu, sinergi kerjasama dan perbincangan di antara kerajaan Persekutuan dan negeri perlu ditingkatkan.

“Saya ulangi keperluan meningkatkan sinergi kerjasama dan perbincangan di antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dan juga di antara negeri dalam usaha negara memperkukuh daya tahan domestik (domestic resilience)

“..dalam ketidaktentuan ekonomi dunia melalui usaha-usaha mempercepatkan kelulusan projek-projek pembangunan yang akan membuka pasaran baharu.

“Pihak terkait perlu memperkemas dan menyemak semula SOP proses kelulusan pembangunan sedia ada dan memantau secara berkala supaya negara sentiasa peka dan pantas mengadaptasi terhadap perkembangan situasi global,” katanya dalam kenyataan di media sosial hari ini.

Terdahulu beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara ke-47 di Putrajaya.

Perdana Menteri menjelaskan, tindakan tersebut adalah ikhtiar Kerajaan Madani supaya Malaysia akan kekal sebagai sebuah negara yang berdaya saing dan menjadi destinasi utama pelaburan dalam rantau ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya