Permohonan program TVET dibuka hingga 15 Jun

Permohonan program TVET dibuka hingga 15 Jun

Permohonan kemasukan ke program-program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi Kursus Sepenuh Masa Ambilan Perdana Julai 2025 kini dibuka mulai semalam hingga 15 Jun depan. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Permohonan kemasukan ke program-program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi Kursus Sepenuh Masa Ambilan Perdana Julai 2025 kini dibuka mulai semalam hingga 15 Jun depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, permohonan boleh dibuat melalui platform UP_TVET di pautan https://mohon.tvet.gov.my.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata, UP_TVET ialah satu sistem permohonan berpusat yang dibangunkan sebagai inisiatif kerajaan untuk menyatukan akses kepada pelbagai institusi TVET awam dan swasta di seluruh negara.

“Sistem ini diwujudkan bukan sahaja untuk memudahkan proses permohonan, tetapi memastikan program yang ditawarkan benar-benar relevan dan selari dengan keperluan semasa dan masa hadapan industri.

“Saya menyeru kepada semua lepasan SPM serta individu yang berminat untuk membina kerjaya dalam bidang kemahiran – rebutlah peluang ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Zahid berkata, TVET hari ini bukan lagi pilihan alternatif, sebaliknya telah menjadi landasan utama kepada kerjaya yang kukuh, bergaji kompetitif dan berpotensi tinggi dalam pelbagai sektor strategik seperti automasi, teknologi hijau, dan kecerdasan buatan (AI).

Katanya, pelbagai program ditawarkan di dalam UP_TVET merangkumi bidang pembuatan, pertanian moden, pembinaan, perkhidmatan, teknologi maklumat selain kesihatan.

“Bagi mereka yang perlukan fleksibiliti, saya turut menggalakkan untuk meneroka laluan UP_TVET Flexi – sebuah sistem modular yang membolehkan pembelajaran mengikut jadual dan keperluan individu, yang telah dibuka sejak Januari lalu.

“Kerajaan komited memperluas akses pendidikan TVET demi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang mampu bersaing di peringkat global.

“Maka, mari kita bersama-sama jadikan TVET sebagai batu loncatan untuk membina dan memacu masa depan yang lebih sempurna — demi diri kita, keluarga dan negara yang kita cintai,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya