Perlu usaha kolektif perkasa wanita, belia, warga emas

Perlu usaha kolektif perkasa wanita, belia, warga emas

ALEXANDER Nanta Linggi ketika mempengerusikan Perhimpunan Agung ke-15 Forum Ahli Parlimen Asia Mengenai Penduduk dan Pembangunan (AFPPD) - FACEBOOK ALEXANDER NANTA LINGGI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Setiap negara di rantau Asia-Pasifik perlu berganding bahu dalam usaha memperkasakan wanita, membangunkan belia dan menjaga kebajikan warga emas supaya mereka tidak tercicir dalam arus pembangunan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, dengan pelaksanaan Pelan Strategik Forum Ahli Parlimen Asia Mengenai Penduduk dan Pembangunan (AFPPD) 2023–2025, sudah tiba masanya untuk memperkenalkan seruan baharu bagi mengukuhkan usaha bersama.

Beliau berkata, jaringan serantau juga perlu diperkukuhkan untuk menyokong pelaksanaan Program Tindakan Persidangan Antarabangsa Mengenai Penduduk dan Pembangunan (ICPD) serta Agenda 2030 untuk Pembangunan Mampan.

Katanya, matlamat tersebut bukan sekadar cita-cita, tetapi satu keperluan mendesak untuk membina masyarakat yang lebih adil, inklusif dan berdaya tahan.

“Kemajuan memerlukan pilihan yang berani. Kita memikul tanggungjawab besar untuk memastikan tiada sesiapa pun sama ada wanita, golongan belia atau warga emas yang tercicir dalam pembangunan,” katanya.

Alexander berkata, Perhimpunan Agung ke-15 AFPPD yang berlangsung di Kuala Lumpur menghimpunkan ahli Parlimen dari seluruh Asia-Pasifik untuk membincangkan isu pembangunan penduduk dan memperkukuhkan kerjasama serantau.

“Bersama-sama, kita boleh membina masa depan di mana setiap individu hidup dengan maruah, peluang dan kepuasan.

“Setiap langkah yang kita ambil hari ini membawa kita lebih dekat kepada sebuah masyarakat yang lebih adil dan inklusif,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya