Penerbit Indonesia rebutkan hak penyiaran Bidaah - Utusan Malaysia

Penerbit Indonesia rebutkan hak penyiaran Bidaah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beberapa penerbit filem Indonesia berminat membeli hak tayangan dan penyiaran drama Bidaah susulan kejayaannya menjadi drama paling popular di platform Viu Indonesia.

Bagaimanapun, penulis cerita drama berkenaan, Erma Fatima, 57, masih mempertimbangkan selain perlu berbincang dengan Viu Malaysia mengenai tawaran berkenaan.

“Beberapa penerbit filem Indonesia mohon kebenaran untuk mereka adaptasikan drama ini sebagai filem di sana. Pada masa yang sama, ramai juga yang mahukan Bidaah musim kedua.

“Setakat ini, saya belum buat keputusan. Saya masih fikirkan dan pertimbangkan semuanya.

“Saya juga perlu berbincang dengan pihak Viu,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengulas mengenai kejayaan Bidaah menembusi pasaran Indonesia, Erma berpandangan drama itu melonjak kerana isu penunggang agama yang banyak berlaku di negara tersebut.

“Ajaran sesat ini sudah wujud lama bukan hanya di Malaysia atau Indonesia sahaja. Agama lain juga banyak yang sesat.

“Keadaan ini lebih banyak berlaku di negara jiran disebabkan penduduknya lebih ramai, jadi muncullah pelbagai ajaran sesat sekaligus membuatkan drama ini popular di sana,” katanya lagi.

Terdahulu, Bidaah meraih rekod tontonan memberangsangkan,iaitu 2.5 bilion di platform Viu sekali gus menjadi drama yang kini paling popular di Malaysia dan Indonesia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya