Penduduk Taman Sri Muda desak Amirudin turun padang

Penduduk Taman Sri Muda desak Amirudin turun padang

SEBAHAGIAN penduduk yang berhimpun secara aman bagi mendesak penyelesaian isu banjir di Taman Sri Muda, Kota Kemuning dan Batu 8, Selangor. - UTUSAN/M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Lebih 1,500 penduduk berhimpun secara aman bagi mendesak penyelesaian isu banjir di Taman Sri Muda, Kota Kemuning dan Batu 8 di sini, yang kerap melanda kawasan itu sejak bah besar 2021.

Mereka turut menggesa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari supaya turun padang dan memberi penjelasan bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Jurucakap penduduk, K. Umagandhan berkata, desakan itu dilakukan kerana berasa kesal dengan masalah banjir yang masih berterusan sehingga kini.

Jelasnya, himpunan itu bertujuan menandatangani memorandum tuntutan kepada kerajaan negeri, kerajaan pusat dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Kami mahu penyelesaian tuntas bagi menghentikan segera isu banjir di kawasan Taman Sri Muda, Batu Kemuning dan Batu 8.

“Dalam bah terbaharu pada 11 April lalu, ramai penduduk terjejas dan kami mendesak bantuan kepada mangsa yang terjejas,” katanya ketika ditemui.

Tambah Umagandhan, penduduk menuntut satu sesi pertemuan segera diadakan bersama Amirudin dan semua pihak berwajib.

“Kami buntu masalah banjir belum selesai sehingga menyebabkan perlu menanggung kerugian kerana kerosakan harta benda.

“Kami mahu pihak berkuasa, Menteri Besar, turun padang. Beritahu kami perkara sebenar dan penjelasan rasmi,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Kemuning, S. Preakas berkata, beliau sudah memberi penjelasan dan penerangan kepada penduduk berhubung isu berkenaan.

“Mereka mahu penyelesaian dan ia sedang dijalankan oleh kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri seperti projek tebatan banjir. Pelbagai maklumat mengenai perkembangan penyelesaian banjir diberikan melalui akaun sosial media saya, namun ada segelintir penduduk tidak mahu ambil tahu mengenainya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya