Penduduk kongsi rezeki sedia 40 menu Aidilfitri

Penduduk kongsi rezeki sedia 40 menu Aidilfitri

PENDUDUK Kampung Tanjung Sabtu di Kuala Nerus, Terengganu menyediakan lebih 40 menu hidangan untuk sambutan majlis Hari Raya Aidilfitri. – UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Sambutan majlis Hari Raya Aidilfitri di Kampung Tanjung Sabtu di sini, baru-baru ini meriah dengan kerjasama penduduk yang mengeluarkan wang sendiri untuk menyediakan pelbagai jenis menu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Tanjung Sabtu, Mohd. Fauzi Mustafa berkata, lebih 40 menu disediakan oleh penduduk kampung dalam sambutan Syawal kali ini.

Katanya, tradisi itu dimulakan sejak 2018 bertujuan memupuk semangat kekitaan dan perpaduan dalam kalangan penduduk.

“Beberapa minggu sebelum majlis bermula, penduduk secara sukarela menyenaraikan hidangan yang ingin dibawa ke lokasi jamuan. Kebiasaannya, hidangan yang disediakan adalah berbeza untuk mengelak pertindihan, selain mahu memberi pelbagai pilihan kepada tetamu yang datang.

“Inilah perbezaan sambutan Aidilfitri di kampung ini yang dilaksanakan dengan penuh semangat kekeluargaan hasil air tangan penduduk sendiri,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Ketika ini, terdapat 300 keluarga yang tinggal di kampung tersebut.

Menurut Mohd. Fauzi, antara menu disediakan ialah nasi kebuli, lemang periuk kera, kambing bakar, nasi dagang, nasi minyak, laksa dan pelbagai kuih-muih.

“Jamuan bermula pukul 9.30 pagi dan berakhir apabila semua menu yang disediakan habis,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya