PASIR PUTEH: Pencemaran air Sungai Rasau yang berpunca daripada racun di kolam peliharaan ikan sehingga menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Wakaf Bunut milik syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) menutup operasi sejak lapan hari lalu, mengganggu urusan harian penduduk. Tinjauan Utusan Malaysia semalam mendapati, rata-rata penduduk terpaksa mencari alternatif termasuk membeli air minuman atau mineral untuk kegunaan harian seperti memasak. Seorang penduduk, Ismail Awang Mat, 48, berkata, setiap hari dia…










