Pelajar juruterbang maut terjatuh dari tingkat 39

Pelajar juruterbang maut terjatuh dari tingkat 39

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga tempatan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 39 sebuah pangsapuri di Sungai Besi, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.53 malam itu, mangsa yang berusia 19 tahun ditemukan meninggal dunia selepas jatuh ke atas bumbung sebuah kereta yang diparkir di hadapan sebuah restoran pangsapuri berkenaan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu daripada orang awam.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan pelajar jurusan juruterbang di sebuah institusi penerbangan swasta.

“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa meluru keluar dari unit tersebut secara bersendirian menuju ke ruang tangga aras 39 sebelum dipercayai terjatuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian menemui kesan pecahan cermin tingkap.

“Pasukan perubatan dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) yang tiba di lokasi mengesahkan kematian mangsa pada pukul 11.34 malam,” katanya.

Aidil berkata, pemeriksaan fizikal mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, badan dan kaki. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya