Pelajar autistik buktikan kekurangan bukan halangan

Pelajar autistik buktikan kekurangan bukan halangan

MUHAMMAD Alif Alimin Ghazali bersama Pidah Seman menunjukkan slip peperiksaan SPM 2024 di rumah mereka di Kampung Berchang, Lipis, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Kekurangan bukan ha­langan untuk raih kecemerla­ngan.

Calon berkeperluan pendidikan khas (CBPK), Muhammad Alif Alimin Ghazali, 18, membuktikan perkara itu selepas memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 dengan pencapaian 7A+, 1A dan 1A-.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Tengku yang tergolong dalam kategori orang kurang upaya (OKU) mild autisme itu bukan sahaja membuktikan kemampuannya me­ngatasi kekangan komunikasi, malah tersenarai antara pelajar terbaik Pahang walaupun belajar di sekolah harian biasa di luar bandar.

Ibunya, Pidah Seman, 53, yang juga seorang guru berkata, anak keempat daripada lima beradik itu pada awalnya tidak menunjukkan minat dalam pelajaran serta hanya mampu membaca ketika berada di darjah tiga.

“Namun sejak darjah empat, Muhammad Alif Alimin mula menunjukkan minat dan pe­ningkatan luar biasa dalam akademik sehingga mampu meraih keputusan cemerlang dalam SPM.

“Kami percaya ini adalah hasil usaha gigihnya sendiri dan kami tidak pernah melihat status OKU sebagai satu kekurangan,” kata­nya ketika ditemui Mingguan Malaysia di rumahnya di Kampung Berchang di sini, semalam.

Menurut Pidah, anaknya hanya disahkan menghidap autisme pada usia 17 tahun selepas menghadapi kesukaran dalam komunikasi.

“Walaupun dia cemerlang, kami dapati dia sukar berinte­raksi dengan orang sekeliling. Atas nasihat ahli keluarga, saya membawanya ke hospital dan doktor mengesahkan dia menghidap mild autisme,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Alif Alimin berkata, kejayaannya adalah hasil disiplin diri yang tinggi termasuk menjaga solat fardu di awal waktu selain tidak meninggalkan solat tahajud. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya