Peguam hantar surat minta buka semula siasatan semula kes pelajar tahfiz ditemukan mati - Utusan Malaysia

Peguam hantar surat minta buka semula siasatan semula kes pelajar tahfiz ditemukan mati

IBU Allahyarham Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman,  Ruhani Hussin (dua dari kiri) berbincang bersama barisan peguam mengenai kes saman semula anaknya di sebuah hotel di Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU:  Pasukan peguam menghantar surat rasmi kepada Ketua Polis Negara dan Peguam Negara hujung bulan lepas berhubung kes seorang pelajar tahfiz ditemukan meninggal dunia dalam keadaan tergantung di dalam tandas di sebuah maahad tahfiz di Kok Lanas, dekat sini, lebih 10 tahun lalu.

Wakil peguam, Lyana Marzuki berkata, surat tersebut supaya pihak berkuasa dapat menjalankan semula  siasatan selain menuntut keadilan.

Katanya, seramai 10 peguam dilantik daripada Kuala Lumpur dan Kota Bharu yang kini sedang mengumpul maklumat berkaitan kes berkenaan.

“Kita (peguam) sudah menghantar surat itu kepada Ketua Polis Negara dan Peguam Negara dan akan memfailkan semula pada hujung bulan Mei ini. Langkah ini diambil selepas keluarga mangsa, Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman memfailkan saman bagi menyelesaikan kes pembunuhan tersebut  dan menuntut keadilan,” katanya di sini hari ini.

Lyana berkata, sebelum ini beberapa mesyuarat dibuat dan akan memanjangkan satu surat kepada pihak berkuasa bagi mendesak membuka semula kes berkenaan.

“Kes ini akan siasat semula oleh pihak berkuasa kerana ada kepincangan dalam penyiasatan.yang lama. Kita ada alasan yang kukuh untuk menunjukkan bahawa pihak berkuasa boleh membuka kes siasatan ini. Selain keluarga mengalami kerugian dan kecuaian kerana lambat penyiasatan. Kami akan umumkan pihak yang dinamakan dalam saman sebaik sahaja semuanya lengkap,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya