Pegawai perikanan ditahan bantu siasatan tuntutan palsu

Pegawai perikanan ditahan bantu siasatan tuntutan palsu

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Mersing  menahan seorang pegawai perikanan bagi membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu.

 Menurut sumber, suspek wanita berusia 44 tahun yang bertugas sebagai pegawai perikanan di Jabatan Perikanan negeri ditahan pada pukul 11 pagi tadi di Pejabat SPRM Johor, di sini.

Difahamkan, suspek telah mengarahkan syarikat kontraktor untuk mengemukakan dokumen tuntutan yang mengandungi butir matan palsu ke Jabatan Perikanan Negeri Johor.

Tuntutan itu berkaitan kerja membekal, menghantar dan mentauliah peralatan sokongan kepada penerima bantuan Peruntukan Pembangunan Semula Projek Agromakanan Negeri Johor berjumlah lebih RM110,000. 

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN