Pasaran saham dibuka positif pagi ini - Utusan Malaysia

Pasaran saham dibuka positif pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia meningkat 13.12 mata kepada 1,499.37 pada pukul 9.03 pagi hari ini, berbanding 1,486.25 pada penutup Selasa.

Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,497.36.

Jumlah dagangan sebanyak 103.48 juta unit bernilai RM57.10 juta.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 271 berbanding 57, dengan 146 kaunter tidak berubah dan 1,931 tidak diniagakan.

Sementara itu, indeks Kospi Korea Selatan naik sebanyak 24.25 mata kepada 2,510.89, manakala indeks Nikkei Jepun meningkat 656.14 mata kepada 34,876.74.

Selain itu, Indeks STI Singapura turut menaik 36.19 mata kepada 3,795.41 ketika berita ini ditulis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya