Pafa bersimpati, sedia bantu pemain muda Perak FC - Utusan Malaysia

Pafa bersimpati, sedia bantu pemain muda Perak FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) bersimpati dengan nasib pemain Perak FC terutama pemain muda berikutan keputusan pemilik kelab itu, XOX Berhad menarik diri daripada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan akibat masalah kewangan.

Presiden Pafa, Datuk Azhar Jamaluddin Menurutnya, Pafa akan membantu mengikut keupayaan sedia ada khususnya dalam aspek pembangunan bolasepak dan kerjaya pemain-pemain muda Perak.

Menurutnya, Pafa akan memastikan pembangunan bola sepak di setiap daerah dan negeri Perak tidak terjejas dengan keputusan tersebut.

“Pafa akan terus fokus untuk pembangunan bola sepak peringkat akar umbi bagi melahirkan pemain bola sepak yang berkualiti dan berintegriti sebagaimana mandat yang diberikan oleh kerajaan negeri.

“Perancangan semasa Pafa adalah pembentukan pasukan Sukan Malaysia (Sukma) 2025/2026 disamping mempertimbangkan untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada pasukan Sukma yang dibentuk untuk menyertai Liga A1 atau A2,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurutnya, Pafa mengambil maklum keputusan XOX Berhad melalui Perak FC tidak menghantar Pasukan Piala Belia dan Piala Presiden serta menarik diri daripada Liga Super musim hadapan.

Beliau berkata, Pafa menghormati keputusan yang dibuat memandangkan XOX Berhad memiliki 100 peratus pemilikan saham Perak FC.

Katanya, Pafa amat menghargai dan merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada XOX Berhad atas sumbangan yang diberikan kepada pasukan bola sepak negeri melalui Perak FC.

“Pafa juga akan merujuk dan mendapatkan nasihat daripada Kerajaan Negeri serta FAM , MFL dan AFL untuk sebarang langkah yang bakal diambil,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya