Nidji dan D’Masiv antara yang beraksi di Musica Fest 2025 - Utusan Malaysia

Nidji dan D’Masiv antara yang beraksi di Musica Fest 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Musica Fest 2025 bakal menyatukan bintang-bintang muzik Indonesia daripada generasi berbeza di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 16 November ini.

Dengan kerjasama Shiraz Projects dan Musica, acara itu akan memperlihatkan barisan penyanyi terkenal seperti Nidji, Geisha, D’Masiv serta penyanyi baru, Shakira Jasmine dan Steven Pasaribu.

Pengasas Shiraz Projects, Shirazdeen Karim berkata, kombinasi artis berpengalaman dan bakat muda itu merupakan pilihan tepat dalam membawa pengalaman muzik yang pelbagai kepada peminat di Malaysia.

“Ini pula akan menjadi pengalaman perdana buat Shakira Jasmine dan Steven Pasaribu bukan hanya sepanggung dengan tiga senior mereka tetapi bertemu empat mata dengan peminat di tanah air,” katanya.

Kongsinya, ini adalah kali pertama pihaknya berkolaborasi dengan Musica Fest.

“Shiraz Projects sekali lagi berbangga apabila kembali menganjurkan pesta muzik seperti Musica Fest yang dibarisi oleh pemuzik tenarma dari Indonesia yang sentiasa teruja kembali membuat persembahan di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, kumpulan Nidji menyatakan berganding satu pentas bersama rakan seperjuangan dan penyanyi baru adalah peluang yang sangat baik.

“Lagi pula sudah lama benar Nidji tidak main sepanggung bersama Geisha dan D’Masiv.

“Kemudian punya dua lagi sahabat muzik yang mahu kita raikan kerana seperti menyambung terus legasi muzik Indonesia agar terus berkembang dan maju,” ujar penyanyi Sumpah Mati itu.

Orang ramai yang ingin mengunjungi Musica Fest itu boleh membuat pesanan tiket di laman sesawang www.myticket.asia bermula RM398. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya