Negeri Sembilan jumpa Petronas, Gas Malaysia dapatkan maklumat saluran paip gas

Negeri Sembilan jumpa Petronas, Gas Malaysia dapatkan maklumat saluran paip gas

AMINUDDIN Harun menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak pada Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pentadbiran Daerah Seremban di Kompleks Pentadbiran Daerah Seremban, Seremban 2, Seremban hari ini.UTUSAN /NUR SHARIEZA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan akan mengadakan pertemuan dengan syarikat Petronas dan Gas Malaysia bagi mendapat maklumat terperinci berhubung keberadaan saluran paip gas yang diselia oleh kedua-duanya di negeri ini. 

 

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pertemuan berkenaan bagi membolehkan kerajaan negeri mengambil sebarang persediaan khususnya selepas berlaku tragedi letupan dan kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya minggu lalu.

 

“Setakat ini tiada lagi kata putus lagi kerana masing-masing sedang menumpukan tragedi yang berlaku di Putra Heights jadi sebarang bentuk kajian akan dimaklumkan kemudian.

 

“Terdapat dua saluran paip gas utama di negeri ini iaitu paip gas Petronas dan satu lagi paip Gas Malaysia. 

 

“Dimaklumkan juga gas Petronas mempunyai rizab  untuk laluan paip tersebut manakala Gas Malaysia di laluan jalan utama dan tekanan tidak terlalu tinggi berbanding Petronas,” katanya ketika ditemui pada Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pentadbiran Daerah Seremban di Kompleks Pentadbiran Daerah Seremban, di sini, hari ini. 

 

Berhubung sebarang penetapan kepada pihak pemaju, Aminuddin berkata, kajian akan dibuat terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat.

 

“Saya mahu lihat juga apa kesan dia sebelum buat sebarang keputusan, lebih baik buat kajian terlebih dahulu sebelum bagi balik kepada pemaju dan masyarakat apa cadangan pada masa akan datang,” katanya. – utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya