Naik tangga lebih selamat, lega - Julia Farhana - Utusan Malaysia

Naik tangga lebih selamat, lega – Julia Farhana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Tak mengapa, saya memilih tangga. Lebih selamat dan lega.”

Demikian kata pelakon, Julia Farhana Marin yang mengakui lebih rela menggunakan tangga daripada menaiki lof yang sesak ketika menghadiri rumah terbuka.

Mengakui dirinya mempunyai klaustrofobia, Julia berkata dia tidak sangka suaminya, Dr. Che Muhammad Hafiz sanggup berkorban memanjat tangga bersamanya.

“Kesian suami, isteri takut naik lif terpaksa naik tangga pergi rumah terbuka. Cuba teka berapa tingkat kami panjat?

“Sampai sahaja dekat rumah terbuka, habis berpeluh. Saya minta suami naik lif sahaja sebab saya yang bermasalah, tapi dia tetap nak teman saya naik tangga,” katanya menerusi video dalam TikTok.

Dalam pada itu, Julia sempat menegur tindakan sesetengah individu yang tetap mahu menggunakan lif meskipun sudah penuh.

Katanya, perkara itu juga yang mendorongnya untuk menggunakan tangga kerana tidak mampu mengawal ketakutan melampau terhadap ruangan yang sempit.

“Saya tak takut naik lif, tapi kalau penuh macam tin sardin, memang tidak! Sempit sangat, saya takut.

“Tolonglah, sudah tahu penuh kenapa nak masuk lagi? Lif pun dah berkelip-kelip tunjuk not in service dan full,” luahnya.

Sebelum ini, pelakon drama Salon itu mendedahkan dirinya mengalami masalah klaustrofobia atau ketakutan melampau terhadap ruangan sempit sejak tujuh tahun lalu.

Julia berkata, perkara itu juga boleh menyebabkan dirinya terkena serangan panik atau panic attack.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya