Seminggu tragedi berlalu, bapa masih rindu anak

Seminggu tragedi berlalu, bapa masih rindu anak

AZIZ Jaafar Yusof (tengah) menziarahi kubur anak dan menantunya di Kampung Selat, Bota Kanan dekat Parit, Perak, semalam. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT: Lelaki yang kematian empat anak dan seorang menantu dalam kemalangan jalan raya pada pagi Hari Raya Aidiladha di Jerantut, Pahang minggu lalu masih belum dapat melupakan kemalangan tragis menyebabkannya hilang sebahagian besar anggota keluarga. 

Aziz Jaafar Yusof, 50, berkata, dia masih terkenangkan kemalangan tersebut dan mula merindukan mereka.

Untuk mengubat kerinduan, setiap hari dia menziarahi kubur dan membacakan Yasin di Tanah Perkuburan Islam Kampung Selat, Bota Kanan dekat sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sesiapa sahaja pasti sedih dengan kejadian seperti ini, hilang empat anak sekaligus dan menantu. Saya masih bersedih dan tidak dapat melupakan kejadian ini.

“Sudah lebih seminggu mereka pergi dan saya semakin rindukan mereka. Rindukan suara dan ketawa serta gurauan mereka yang selama ini menceriakan kami sekeluarga. Namun semuanya sudah tiada.

“Untuk melepaskan kerinduan, setiap hari saya menziarahi kubur mereka. Walaupun tak macam dahulu, sekurang-kurangnya dapat juga melepaskan rasa rindu,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Dalam kemalangan 7 Jun lalu, Aziz Jaafar kehilangan anaknya, Nur Arfiqah Aziz Jaafar, 23, dan suami, Mohamad Ikmal Ishak, 26, serta tiga lagi anaknya iaitu Mohammad Zulkifli, 21; Mohamad Azizul Hakimi, 19, dan Nurul Hazwani,17,.

Aziz Jaafar berkata, dia  menziarahi kubur dengan ditemani anak bongsunya, Nur Farisha Ayuni, 12, yang juga merindukan mereka.

“Dia masih tidak boleh terima lagi kehilangan kakak dan abangnya. Dia memang rapat dengan kakak dan abang-abangnya.

“Sejak kemalangan, kalau dia tinggal seorang diri di rumah, dia pasti akan termenung dan menangis, lalu saya bawa dia menziarahi kubur, dapat juga dia melepaskan rindu pada akan dan abangnya,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini