SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Mohd. Najwan Halimi dipilih sebagai Ketua PKR Cabang Shah Alam yang baharu bagi menggantikan Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail.
Mohd. Najwan yang juga Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor mendapat 1,213 undi menewaskan Rodziah yang hanya mendapat 899 undi.
Sementara itu seorang lagi calon Ketua Cabang, Noryzal Zainal Abidin hanya mendapat 513 undi.
Pemilihan PKR bagi jawatan di peringkat cabang ditetapkan bermula 11 hingga 20 April.
Bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat, Majlis Pimpinan Wanita Pusat dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat (MPAMKP) parti berkenaan pula akan diadakan pada 24 Mei ini. – UTUSAN