Mekanik disyaki cabul anak asuhan ibu

Mekanik disyaki cabul anak asuhan ibu

SUSPEK dibawa ke Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka untuk mendapatkan perintah reman selepas disyaki mencabul kanak-kanak perempuan sejak lima tahun lalu. - UTUSAN/AMRAN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang mekanik direman tujuh hari bermula hari ini selepas disyaki mencabul kanak-kanak perempuan sejak lima tahun lalu ketika mangsa berusia tujuh tahun.

Perintah reman sehingga 4 Mei itu dikeluarkan oleh Majistret  N. Sivashangari bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Difahamkan, kejadian terbongkar pada Jumaat lalu selepas ibu kanak-kanak itu menerima panggilan telefon daripada guru sekolah anaknya yang memaklumkan berkenaan aduan mangsa.

“Guru itu memberitahu mangsa mengadu dicabul oleh anak lelaki pengasuhnya sejak berusia tujuh tahun ketika berada di rumah pengasuh di Kampung Batang Tiga.

“Kejadian berlanjutan sehingga penghujung Disember lalu iaitu kali terakhir mangsa dihantar ke rumah pengasuh berkenaan,” katanya.

Ibu mangsa mendapati anaknya mula menunjukkan perubahan sikap iaitu suka menyendiri sejak berusia sembilan tahun namun tidak mengetahui puncanya.

Menurutnya, mangsa yang kini berusia 12 tahun mendakwa, suspek meraba bahagian dada dan kemaluannya berulang kali semasa berada dalam bilik ketika ibu suspek berada di dapur.

Ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Batang Tiga pada Sabtu lalu sebelum membawa anaknya menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital Melaka termasuk oleh pakar psikiatri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN