Manifesto BN di peringkat akhir, umum dalam masa terdekat - Utusan Malaysia

Manifesto BN di peringkat akhir, umum dalam masa terdekat

SAARANI Mohamad menyampaikan baucar buku kepada pelajar pada Program Jelajah AIM TVET di Kompleks Sukan Tapah hari ini. - FOTO/ZULFACHRI ZULKIFLI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Manifesto yang ditawarkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning kini berada di peringkat akhir dan dijangka akan diumumkan dalam tempoh dua hari lagi.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, draf manifesto berkenaan akan dimuktamadkan selepas mesyuarat induk BN bersama calon diadakan pada malam ini.

“Kita telah ‘finalize’ (manifesto) dan akan bincang dengan calon dalam mesyuarat malam ini kerana beliau yang akan membentangkan manifesto itu nanti.

“Sebagai calon yang insya-Allah akan dipilih sebagai wakil rakyat sudah pasti beliau memiliki aspirasinya sendiri bagaimana Ayer Kuning patut dicorakkan termasuk berkait penduduk dan kawasan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar sempena Jelajah ‘AIM TVET’ bersama Cikgu Saarani di Kompleks Sukan Tapah, di sini hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai kempen calon BN setakat ini, Saarani berkata, beliau menerima maklum balas positif dari jentera parti yang turun menyantuni pengundi di Ayer Kuning.

Katanya, meskipun optimis BN mampu melakar kemenangan selesa di DUN berkenaan, ia tidak sama sekali menjadikan pihaknya mengambil mudah sebaliknya mempergiatkan kempen bagi mengukuhkan sokongan.

“Semua yang terlibat dalam kempen memberi respon positif kepada kami dan saya yakin kita akan menang, insya-Allah.

“Tapi jangan ambil mudah, kemenangan hanya bergantung kepada bilangan kertas undi di dalam peti undi. Di atas kertas, benar kita mendahului tapi apa yang penting semua orang perlu balik dan pergi ke tempat mengundi untuk undi calon BN.

“Jangan rasa kalau kita tidak keluar, kita akan menang. Kemenangan bergantung pada undi, jadi semua orang perlu keluar untuk mengundi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya