Lelaki warga Perancis dilaporkan hilang, kali terakhir dilihat di KLIA

Lelaki warga Perancis dilaporkan hilang, kali terakhir dilihat di KLIA

Seorang lelaki warga emas yang juga warganegara Perancis dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Seorang lelaki warga emas yang juga warganegara Perancis dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi Khamis lalu.

Mangsa dikenali sebagai Moo Yong Keng, 76, dilihat kali terakhir di kawasan Aras 5, Balai Pelepasan KLIA sekitar pukul 9.51 pagi.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Azman Shari’at berkata, mangsa berketurunan cina dengan tinggi 172 sentimeter (cm), berkulit cerah dan beruban.

Beliau berkata, ketika hilang, mangsa memakai t-shirt biru cerah serta mengenakan jaket dan seluar hitam.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa boleh menghubungi Inspektor Puvanesan a/Raja Segera di talian 03-87768222,b010-4348173 atau 016-87768222,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya